ShoutMix chat widget
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Tutorial nak dengar lagu versi chipmunk dengan AIMP


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni tak tau la kenapa, aku takde idea langsung nak buat entri menarik. nak online lepak dengan member kat skype dan lepak ngan geng kat sb pon malas, takde mood langsung. Mungkin kesan daripada berita mengenai kakak aku yang baru keluar icu akibat pendarahan, alhamdulillah , dah beransur pulih, tak lupa juga dengan seorang ahli sb, sapa tak kenal dengan kyerull L fresco , dengar cerita lapik besi kat tulang  kaki bekas kemalangan haritu ada masalah, kena bedah balik,  mintak-mintak kedua-duanya selamat pulih.

oleh itu hari ini aku nak cerita  tutorial yang sangat mudah, iaitu bagaimana nak dengar lagu versi chipmunk dengan software aimp. sapa yang tak familiar dengan software ini boleh baca melalui entri sebelum ini mari karaoke laptop dengan player AIMP dan minilyric  

caranya amatlah mudah , pergi kat equalizer, klik kat DSP dan korang adjust kat bahagian speed


kat bahagian ikut korang la nak  edit , nak mudah pitch tu bagi naik atas terus,nak bagi laju sikit adjust la rate ngan tempo. kalau dah taknak dengar versi camtu, senang je, klik je butang default.

sekian, entri singkat saya, bye!




Hari ini saya masak nasi goreng






Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ini hari sabtu, macam kebiasaan kat rumah sewa, gejala insomnia menguasai diri, kalau korang tak tau apebenda insomnia, boleh klik kat sini. Lepas solat subuh, taip entri, post lepas tu online kejap terus tidur, ha3 normal tak aku? korang fikir la sendiri yek.

macam biasa la aku ni, tak reti nak lunch, malam kul 10 baru terhegeh2 nak cari makanan, tapi takpe, aku dah ada strategi baru, yes! beli barang dapur. pastu masak sendiri, hehehe pandai tak aku?. walaupun dengan bakat memasak aku yang memang tidaklah sehebat chef wan, chef azman ataupun chef joe, setakat nak masak nasi goreng tu bolehla. jadi tanpa membuang masa aku menaip tak tentu hala ini mari kita tengok cara-cara memasak nasi goreng bujang ciptaan amin zakaria yang diberi nama nasi goreng xstrem. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




bahan-bahan:
  • nasi kosong (kalau nak lagi sedap pastikan ia dah sejuk)
  • bawang merah@bawang besar(hiris halus)
  • bawang putih(penyek je)
  • cili kecil (hiris halus)
  • ikan kering(potong kecil2)
  • ikan bilis
  • telur
  • sawi(potong kecil-kecil)
  • perencah nasi goreng adabi

*ini kuantiti untuk tiga sajian ya, aku baik hati malam ni jadi tukang masak


cara-cara

  • panaskan kuali, letak minyak sesedap hati, tapi jangan berlebihan ya, aku tak suka nasi banyak minyak
  • goreng dahulu ikan bilis, bila dah garing kaut la.
  • tumis bawang merah, bawang putih, cili dan ikan kering sesedap hati, tapi jangan sampai hangit, hangit nanti tak sedap, pahit.
  • masukkan sawi, gaul-gaul sebati
  • pecahkan telur, (pastikan kulit telur tu dibasuh, eii kotor tau kalau tak basuh) gaul lagi
  • letak nasi dan taburkan bahan rahsia iaitu perencah nasi goreng adabi
  • letak balik ikan bilis tadi
  • gaul hingga sebati dan siap untuk dihidang





Ha, nasi goreng xstrem dah siap untuk dimakan


nak cuba? lantak korang lah, okay bye, aku nak tido :)


mari karaoke laptop dengan player AIMP dan minilyric


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


buat pembaca blog ini , aku nak bagitahu kat korang , aku ni ada masalah sikit iaitu suka menyanyi depan laptop..haishh. walaupun suara macam katak pisang tapi hobi buruk ni tak dapat diubah. cane ek?

kalau macam lagu yang lama dikeluarkan di radio ataupun di persada muzik memang lah senang cari, search je kat youtube. mestilah jumpa punyer. 

tapi macam mana dengan lagu-lagu yang baru keluar, apatah lagi lagu indie, peh mau berjanggut nak tunggu keluar album instrumental aka karaoke.

oleh itu aku aku nak kongsi la sikit cara paling mudah nak karaoke laptop ni, tak payah pakai software yang susah2 macam sony vegas ataupun audicity. apa yang perlu korang ada cuma software player mp3 ni iaitu AIMP


Dah siap download gi je lah install. senang aje kan?. aku pakai AIMP ni sebab senang guna. dulu aku pakai jet audio sebab playlist dia boleh sorok kat tepi tapi menyusahkan.  tapi aimp ni lagi function sebab kalau cursor kita di tepi dia akan keluar anak panah dulu. so tak menyusahkan sangat

lepas tu ikut korang la nak hias macammana, aku punya macam ni je

*klik untuk membesarkan ia

kalau nak bagi playlist duduk di sebelah tepi korang cuma perlu klik kat playlist tu dan drag ke sebelah tepi. lepas tu dia akan hilang tapi jangan risau sebab bila cursor kita pergi ke situ ia playlist itu akan keluar

untuk menghilang kan suara penyanyi , korang cuma perlu klik kat bahagian no 1 tu (tengok gambar kat atas) diikuti dengan no 2. senang je kan?

kalau nak ada keluar  lirik korang cuma perlu download software minilyric je. lirik akan automatik keluar bila diputarkan lagu dengan syarat ada connection internet


senang aje kan? selamat mencuba

Tutorial nak download flash game format swf dari web menggunakan mozilla firefox

*sumber google


pernah main game flash game kat internet tak? 
bagi yang suka main flash  anda boleh mendownloadnya saja
kan senang lepas tu tak payah da nak loading lama-lama, kena gaya flash game tu saiz dia besar, xkan kalau nak main kena bukak internet je kan? 
caranya mudah saja, apa yang perlu anda ada cuma ialah mozilla firefox

contoh web flash game adalah seperti ini [klik]


1st: bukak laman web flash game tu, 
klik mouse, kanan dan cari view page info



pastu pergi ke bahagian media dan cari file berformat swf , klik kat situ dan save 


nak pakai internet download manager pon boleh gak, cuma perlu copy link file tu dan campak kat idm


dah siap download, pergi kat file tu dan bukak la dengan browser papepun.



dan korang boleh main bila-bila masa tanpa perlu akses internet lagi, 

sekian, tutorial  ringkas dari saya.

assalamualaikum

p/s:  nak cuba download game cityville la plak, jadi ke tak, hahaha =d

Android theme for window 7


Yeahh, tukar desktop theme lagi, 



simple kan?  
 cuma pakai rainmeter dan stardock object dock je

ok lah, bye!


p/s: masih tak pandai guna photoshop

Free download Tutorial photoshop



sumber: google


Buat masa ini  aku tak nafikan yang aku memang tak pandai langsung dengan software adobe photoshop ni. sebab tu lah dengan penuh bersemangatnya rasa nak belajar ilmu photoshop ni. jadi aku aku  pun search la kat internet, taip kat google "tutorial photoshop". adess! susahnya ! yg keluar kat web x brapa banyak membantu dan infonya pun sikit cedekit. jadi dengan semangat yang istiqamahnya aku pon mencube kaedah lain, baik cari ebook teruskan senang? xpayah susah-susah search je kat mediafire search, harap-harap jumpa. tapi dah jumpa xkan la nak simpan2 sorang je kan link tu, hah kedekut tol la plak aku ni. oleh itu sapa yang nak download tutorial photoshop boleh la klik kat bawah ni


oleh sebab link itu aku cuma search je kat internet oleh itu ada macam-macam versi la. pandai-pandai la korang nak ambik mana satu. 


p/s : tekun belajar photoshop 

Fanpage cara Bergaya untuk tingkatkan Trafik



ok ni adalah fanpage blog aku klik sini

Kenapa aku kata begitu?

  • Facebook merupakan laman sosial yang paling banyak digunakan di malaysia
  • bila kita buat fanpage dan pengunjung "like" so secara tidak langsung dia telah meng follow blog kita
  • jadi apabila kita update entri dan post kat fanpage , kita akan share kat semua follower kita
  • dan peluang untuk blog kita dikunjung pun tinggi
  • post entri kita juga nampak tersusun kemas je kat situ
  • kalau xde entri baru pon boleh post apa-apa saja yang boleh menarik perhatian pengunjung

senang kan?? so apa lagi, buat la fanpage


Mudah saja, klik kat sini

dan pergi ke link ini untuk buat like box dan letakkan di blog anda



assalamualaikum


Hah Copy jangan tak copy

p/s : kredit to arcx13
ok entri ni aku ambik drpd arcx13. salah ke aku? mintak maaf bebanyak yek kalau marah, cuma amat tertarik dengan entri dia


Risau bila entri korang diciplak? dicopy dengan sewenang-wenang je
even kalau copy tu aku tak kisah sangat la, ni menunjukkan entri ini dihargai, market dan menarik (hahaha bgga x tentu pasal)
tapi yang menyakitkan hatinya bila si pen copy ni main copy sedap hati je, tulis la nama letak la backlink penulis asal wei? x ngeti2 ke?

mungkin ada yang menggunakan kaedah disable right click . tapi bagi aku kaedah itu menyusahkan orang lain (sebab x boleh nak open in new tab ) dan seterusnya memuakkan pengunjung blog anda

so kita perlu buat apa kalau xnak entri kita dicopy sewenang-wenang je? 
caranya adalah dengan menggunakan autobacklink
autobacklink=dia copy , keluar backlink asal.

menarik? tengok je tutorial kat sini

dan kalau korang nak trace samada entri korang dicopy ataupun anda tercopy entri , boleh je test kat link ni

http://www.copyscape.com/
http://www.dustball.com/cs/plagiarism.checker/

p/s  apa punya entri da..xya copy la weii , hahahaha

cara nak flash sony ericsson anda (part 2): bunyi speaker sony jadi kuat



Sambungan daripada entri terdahulu punya : 

hack speaker sony jadi lantang , sedap didengar dan menarik
aku dah cuba kat sony w801 aku..terbukti memang ketara perbezaan bunyinya
apa yang perlu korang ada adalah software xs++, kabel dcu-60 ataupun dcu-55 dan driver speaker yang berkenaan
software xs++ korang boleh cari kat entri terdahulu klik sini
driver sony boleh didownload kat sini 
driver kat nset sony ada 2 jenis iaitu zapf dan apf
korang jangan silap pilih kang xpasal jahanam hset korang..

ok 1st bukak program xs++
cabut bateri,isi balik
tekan butang c kat hset dan sambung hset dengan kabel sony tu
tekan connect pada program xs ++ (rujuk entri sebelum ini)


dan klik kat  start fsx


tunggu dia progress dan bila dan siap anda akan jumpa struktur file pada hset anda


ok pada struktur tersebut korang cume perlu cari ikut address nie

ifs/settings/acoustic/ >> Acoustics file

dan bukak folder itu korang akan jumpa file samada jenis .apf ataupun .zapf 
sekarang ko dah tau jenis apa driver korang kena pakai
download driver yg korang pilih, pastu exstract pakai 7zip ataupon winrar .
ambik semua file dalam folder driver tersebut ( ctrl+a) klik kat file tu dan campak je kat enumerated file 



memang komputer korang kadang2 akan not responding . abaikan je tu..tggu sampai dia abis

lepas dah siap...cabut, bukak bateri, isi balik dan pasang

uji la bunyi speaker anda , kuat tak???





Link untuk Pendownload Tegar


Memang aku suka download hahaha sebab tu aku pakai streamyx (unlimited bandwidth) 


nak tau apa webpage yang aku biasa pergi? 
 hambek ha:

 Download movie


Download drama jepun @ korea


Download tv rip melayu @ english


Download Anime


Download software 


search generator cari mp3 & etc



dan pastinya download lebih mudah dengan Internet download manager





cara nak flash sony ericsson anda (part 1)


Sebelum aq menaip entri ini (tulis dan taip perkara berbeza kan?) 
aq tertanya tanya. dah ada ke entri macam ini sebelum ni..
betul memang ada..
tapi atas sebab permintaan daripada rakan-rakan yang nak tahu 
dengan mengikut kefahaman aq (yg bukannya pandai sgt dlam modding ni)




okay apa itu kegunaan flashing?

  • untuk program balik handset sony anda yg rosak (jadi kelip-kelip)
  • untuk upgrade speaker hnset korang supaya jadi makin kuat dan best
  • untuk tukar "font" hset korang
  • untuk tambah "theme" yang lebih menarikl
  • untuk upgrade hset korang


erm..nak flashing ini kita perlu ada apa?

okay sebelum nak meng"hack" hset korang ni apa yang perlu ada adalah:
  • sebuah komputer/laptop/netbook
  • kabel sony ericsson dcu-60 @ dcu-65
  • program software 
  • firmware
  • driver 
  • dll
kabel sony se


program yang biasanya dipakai ialah:


firmware adalah merupakan benda yang perlu ada untuk memprogram handphone anda
kita kena ada dua jenis iaitu MAIN dan FS .Apa yg penting kita perlu tahu jenis firmware hset anda
untuk check tekan (>*<<*<*)  kita boleh lihat dengan huruf yg keluar cthnya 1025, 1024 dll  ini dipanggil CDA .Kalau nak program balik hset kita perlu tahu jenis firmware yg betul .

Flash menggunakan xs++ 


ok buat masa skrg aku hanya tahu nak flash mggunakan software ini je .sebabnya ia mudah dilakukan

untuk memprogramkan anda hanya perlu ikut langkah ini:


  • Cabut bateri, simcard dan memori kad
  • isi balik bateri anda
  • gunakan xs++ 
  • tekan butang "c" pada keypad hset anda
  • sambung kabel dcu-60 @dcu-65 pada hset dan pc 
  • tekan butang "connect" pada xs++ (tekan butang "c")
  • tggu die siap connect ...
klik kalau x jelas


klik kalau x jelas



  • kalau kita lihat di gambar atas model bg hset nie ialah DB2010 CID 49. maknanya kita perlu mendapatkan firmware jenis ini
  • klik kat flash main firmware(main) dan flash file system(fs) 
  • masukkan firmware tersebut
  • dan klik butang flash
klik kalau x jelas
  • tunggu progress itu siap ...
  • bila dah siap, cabut kabel, cabut bateri 
  • lepas itu isi balik bateri, tekan "c" dan sambung balik kabel dan connect semula
  • klik kat "customize file system"
  • pilih jenis hnset anda
  • pilih jenis cda and region (ini yg kena sama berdasarkan jenis firmware yg korang guna)
  • dan klik "flash"
  • tggu progress... dan complete!!
  • sekarang handset korang dah siap program dan boleh digunakan


Tips meniru dalam peperiksaan

erm..aper punyer entri ni ha? selalunya kan orang buat entri pasal tips study ataupon cara menghadapi peperiksaan, ahh, aku dah bosan baca yang itu..jadi aku nak citer pasal tips meniru dalam exam @ kuiz @ ujian

*korang jangan tiru cam mr bean nie..die x profesional haha

Tip untuk aku dan mereka..anda??

Assalamualaikum!!!

macam biasa aku ni tak retilah sangat nak menulis dan berhujah dengan panjang lebar..jadi aku nak ceritakan sedikit perkara-perkara yang perlu korang tahu ..
sharing is caring kan?? okay, let's go to the topic!!


1. Kenapa kita tak boleh makan sebelum tidur?- ini disebabkan jika kita makan sebelum tidur, badan kita akan menjalankan proses penghadaman. ini bermakna semasa kita tidur badan kita akan bekerja, maka disebabkan itulah tidur akan terganggu dan hasilnya, kita tidak akan mendapat tidur yang berkualiti..(bangun pagi tidur dah lama tapi rasa tak puas lagi)

Teknik Nak Tambah Hayat Penggunaan Bateri Laptop Anda..

Assalamualaikum semua!..

Okay hari ni aku  nak cerita pasal cara nak jaga bateri laptop dan kaedah nak menjimatkan bateri semasa anda menggunakan laptop@netbook anda..okay?


1.Disable apa-apa driver@ hardware yang tidak digunakan  seperti bluetooth, wireless, dan yang korang rasa tak perlu, teknik ini berkesan kerana jika anda disable kannya, penggunaan tenaga elektrik akan berkurangan

2. Jangan tengok cerita@ video menggunakan dvd player anda. penggunaan dvd player inilah yang paling kuat sekali guna elektrik , oleh itu, digalakkan kalau nak tengok video gunakan pendrive ataupun simpan je kat harddisk koANG, Okay?

3. Tukar fungsi power management kepada hibernate.. dengan itu penggunaan elektrik dapat dijimatkan,

4. kalau guna laptop korang pakai bateri, brightness@kecerahan skrin, korang kurangkan la..watpe nak cerah sngat, wat bazir je bateri.

5. kalau nak jaga bateri, jangan cas penuh bateri bagi laptop baru, ini dapat memanjangkan lagi hayat bateri korang, agak- agak dalam 70% sudah memadai.

6.Nak jaga bateri lagi, jangan bagi bateri korang panas, agak-agak panas dah pakailah kipas@ cooler kat laptop korang , kepanasan boleh menyebabkan bateri korang punah..

7. Bagi laptop @ bateri yang lama, sila cas penuh bateri anda dan gunakan ia sampai habis.

8. cuci bateri korang (kat tempat permukaan besi tu) selang sebulan menggunakan cecair alkohol (sapu ngan kain) cara ni dapat performkan bateri korang

9. latih sikit bateri korang...jangan biar xpakai langsung!, selang dua minggu gunakanlah bateri korang.

10. Agak- agak bayak duit tu , tambah je RAM baru, bila ram dah tinggi, maka penggunaan virtual memory dapat dikurangkan, dengan itu, kegunaan hardisck dikurangkan dan tenaga elektrik berkurangan,..mudahkan?


hurm....mudahkan?? cubalah ...

Assalamualaikum

Tutorial mudah nak tukar translate dengan google

Assalamualaikum sume!! kepada mereka- mereka terutamanya pelajar- pelajar, he......
korang kalau ada tugasan mesti kena cari research kan ? pastu pegi la searching kat internet, cari punyer cari tup tup.. ha!! hambik ko yg ada cume english version aje.. letih la pastu bukak kamus nak translate kan?? .aku ada gak tengok segelintir yang agak bijak juga lah dia pakai laman web ini citcat tapi bagi aku dia punyer loading slow la..

jadi aku ada saje- saje klik-klik kat google page tu ,(yang dah tau tu xpelah janji aku nak citer gak kat yang taktau ni...info ni!)  aku jumpa lah cara mudah nak translate bahasa, siap web skali boleh tukar! tak ke mudah gitu??? ok lah ko tengok aje gambar ini..
p/s kalau tak jelas klik aje gambar..!





Ok pertama kali korang bukak google dulu..(xkan xtau kot google!!)