ShoutMix chat widget
Showing posts with label Realiti. Show all posts
Showing posts with label Realiti. Show all posts

Nasi kerabu , sedap ke?

Ada yang  kenal dengan nasi kerabu? popular gak la makanan ni kalau kat terengganu dengan kelantan. nasi ini warna biru- biru dan dicampur kerabu dan ulam-ulaman. lepastu campur sambal budu@belacan dan kuah ayam percik. sedap dimakan dengan lauk seperti ayam percik, ikan goreng,daging percik,ikan kering , solok lada dan jeruk bawang putih. kalau kat dungun ni selalunya aku makan nasi kerabu kat depan poli je. boleh tahan la harga dia, Rm3.50, sedap gak, dan paling penting, fresh. tak rugi kalau korang pergi tau.*pomot.jap.


ni kedai dia , betul-betul depan poli
credit to  redzuansalleh



Haritu aku pergi pasar malam, saje nak makan nasi kerabu, beli la nasi kerabu kosong,lauk senang je, ayam goreng, cukup. hahah baru aku tau, harga dah naik, dulu Rm1.50 sekarang dah Rm2..hampeh tol.


p/s : dah lama tak makan nasi kukus ayam rempah...perghh

Xfresh fm pun nak typo gak yek?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sokonglah musik tanah air, memang betul, sebab tu la aku memang suka dengar radio xfresh fm, "Kami tak hot tapi kami cool" ha3. Oleh sebab kat rumah sewa aku ni line radio agak kedekut oleh itu terpaksa la aku dengar online je. Sapa nak dengar online xfresh fm online boleh je klik kat sini.

tapi  ada satu masalah yang aku jumpa kat web ni, bukan masalah serve slow asyik-asyik lagging je, tak , sumpah dalam banyak-banyak radio online xfresh fm la paling laju serve dia. nak tau? tengok je la pic kat bawah ni

*sila klik untuk lebih jelas

harap pihak yang berkenaan tolong betulkan perkataan tu ya. tak cool la gitu


p/s: tulisan kat blog ni pun typo ada hati nak tegur :d

Tutorial nak dengar lagu versi chipmunk dengan AIMP


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni tak tau la kenapa, aku takde idea langsung nak buat entri menarik. nak online lepak dengan member kat skype dan lepak ngan geng kat sb pon malas, takde mood langsung. Mungkin kesan daripada berita mengenai kakak aku yang baru keluar icu akibat pendarahan, alhamdulillah , dah beransur pulih, tak lupa juga dengan seorang ahli sb, sapa tak kenal dengan kyerull L fresco , dengar cerita lapik besi kat tulang  kaki bekas kemalangan haritu ada masalah, kena bedah balik,  mintak-mintak kedua-duanya selamat pulih.

oleh itu hari ini aku nak cerita  tutorial yang sangat mudah, iaitu bagaimana nak dengar lagu versi chipmunk dengan software aimp. sapa yang tak familiar dengan software ini boleh baca melalui entri sebelum ini mari karaoke laptop dengan player AIMP dan minilyric  

caranya amatlah mudah , pergi kat equalizer, klik kat DSP dan korang adjust kat bahagian speed


kat bahagian ikut korang la nak  edit , nak mudah pitch tu bagi naik atas terus,nak bagi laju sikit adjust la rate ngan tempo. kalau dah taknak dengar versi camtu, senang je, klik je butang default.

sekian, entri singkat saya, bye!




apa yang berlaku kat aku ni


Assalamualaikum dan salam sejahtera


 sejak akhir-akhir ni aku tak tahu la apa yang berlaku kat diri sendiri ni..

aku dah tak layan tengok drama english@korea@jepun@malay  walhal tengok movie pun dah jarang

tak makan tengah hari menjadi perkara biasa  walaupun bangun awal

secara tiba-tiba suka dengar radio. erk, waddehek?

tiba-tiba minat gila dengan kelab arsenal

suka lepak kat taman permainan petang-petang .(haish xder kerja ke?)

tergelak sorang-sorang didepan laptop pada malam hari.(lu pikir la sendiri yek)


rasa kesian pula kat mama buffalo, papa buffalo, adik transcend dan paksu samsung ni sebab lama tak melawat ..haishh



p/s:tapi apa-apapun yang berlaku, aku perlu ingat, solat lima waktu jangan tinggal, study mesti smart.. sosial kat luar perlu juga, tak gitu genkz?



Erk rokok?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

aku sebenarnya taknak sediakan entri ini sebab entri ni memang memangkah aku sendiri  tapi tak tahulah kenapa..nak gak buat!


orang laki pikir apa yek pasal rokok?



sedangkan tahu jadi begini



 kenapa?



erk? taknak la taip pape dah..bye:p




Ada apa dengan 14 februari


Assalamualaikum dan salam sejahtera

14 februari., hari apa tu?

14 februari bagi aku bukanlah hari bagi pasangan mee segera berjenama cintan meraikannya dan semestinya aku memang tak akan sambut hari valentine tu 

*sumber facebook

kalau nak tau sebab apa? klik je kat sini  , ramai da blogger buat entri pasal ni.


ok stop!!  aku bukan nak cerita pasal hari kekasih masih ni sebenarnya.. lari tajuk dah ni


bagi aku tarikh 14 februari 2005 adalah merupakan tarikh penting dimana pada hari itulah aku telah mendaftar di sekolah baru dan secara tidak langsung mengubah gaya hidup aku.



kenal tak sekolah ini? sapa kenal angkat tangan!


selepas masuk ke sekolah ini baru aku:

tahu erti berjauhan dengan ibu- bapa (duduk asrama)

berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan (seluruh kws pahang)

melupakan gelaran "hantu tv"  dan sampai sekarang aku tak suka tengok tv

reti basuh baju pakai berus dan sabun buku. erk?

suka baca surat khabar

baca komik naruto, budak getah ....

tidur lewat.. (oh tidak!)


tapi sayang... sekarang sekolah ni dah takda, bukan ditutup tau! cuma dinaiktaraf menjadi kolej matrikulasi 

smtj 2004-2009 dalam sejarah   

maknanya siapa yang masuk kat smtj ni sijil spm dia memang limited edition la (bangga sekejap)

nak tau lebih dekat pasal sekolah ni? 




*abaikan gambar ini..sume muka kanak-kanak lagi 



p/s : sapa yang belajar kat sekolah ni mesti tau apa itu "kancas" "caon" ..erk



Sigh dan emotion ...erk

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera



*sumber google

apa itu sigh? 


kalau dalam bahasa melayu ia bermaksud mengeluh 

haha, sebenarnya entri ni aku taknak cerita panjang mengenai perkataan sigh ni

saja je nak letak senarai yang biasa digunakan untuk menyatakan emosi @ terkejut  kita

..... baca je lah!

#English

what the ***** (suka hati korang la nak tambah apa)

oh my god

damn

huh!

grrrrr

#Bahasa Melayu

ha?

ha3 

cis

apa?

erk

hades

oh mak kau

wau!

hampeh

argghhh!

ops!

owh...

hurmm...

ler..

er...

wuek

uik?



p/s: No komen, nak lebih jelas tanya la cikgu BM ngan Teacher sekolah :p

Wanita dan boxer


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Boxer... apakebenda tu? 

sapa yang tak tahu lagi sila tengok kat gambar bawah

 tupperware underware la



lazimnya boxer ini disinonimkan dengan lelaki sahaja 

bukan apa, selesa kalau pakai boxer ni. kan manusia yang bergelar lelaki kan?.

untuk tip pemakaian boxer sila klik kat sini 


tetapi anda terfikir x kalau wanita memakai boxer?

rasanya ada la, mungkin begini jawapan kaum hawa ni



"boxer tu macam seluar pendek je kan? best apa kalau bawak tidur"

"selesa pe pakai boxer, tapi pakai kat rumah je la.."

"eiii malu la kalau orang lelaki tahu saya pakai boxer, senyap-senyap suda..."

"saya suka boxer bunga-bunga warna pink!"  -erk? no komen


apa yang peliknya pakai boxer? biasa-biasa aje. tapi yang kaler pink...erk 


p/s : tetap memakai boxer walaupun da berlubang :d




Sindrom muda mudi : Ada apa dengan pukul 8 ?


assalamualaikum wbt

ada apa dengan pukul 8?  

kelas pagi paling awal

punch card kerja

berita utama (ada kena mengena ke?)

ada apa dengan tajuk sindrom muda mudi ? haish..


sindrom bangun lewat

dah bangun subuh, solat, pastu tido balik..hadess , yang tak solat subuh tu xtau la lagi macam mana yek. lepas tu mula la bangun lewat." ha? dah pukul 8 la" hadess menggelepar dibuatnya , silap-silap gaya pergi kerja pun tak mandi.. ape la nak jadi..jangan salahkan bos @ lect la kalau kena halau yek nanti


sindrom takut air 

air je la guys..ape nak takut? hahaha kalau pagi-pagi ada yang nak sentuh air pakai jari pun takut..why thats happen?? satunya sebab adalah dengan perkataan " sa ya jim wau kap " aka sejuk . kena musim hujan lagi..hadess makin menggeletar la lagi nak sentuh air. sekali lagi ada jenis yang tak mandi  pergi kerja ..

sindrom tak sarapan pagi

ini kes diet ke hape? ataupun kes penjimatan wang terhebat . tapi ada orang yang selalu kata kalau sarapan pagi mesti je nak terberak terhadas besar . mungkin ini sebabnya kot tak suka sarapan pagi. 



ada apa dengan gambar ni? saja je nak letak .. ni kawan aku, hahahah

p/s : tak buat semua di atas.. :d

Jangan lupakan ia


Jangan lupakan ia..

ia sebenarnya hanya sejenis buah-buahan 

change your mindset yek


blackberry

apple


Lupakan impian Invicible kau manchester united

p/s buat fan man u , sila terima dengan hati yang terbuka :d

Sungguh aku tak sangka malam ini merupakan sejarah apabila manchester united  terpaksa melupakan impian menjadi kelab invicible musim ini
 apatah lagi apabila terpaksa menerima kekecewaan apabila  tunduk kepada kelab terbawah liga iaitu wolve



apa kata mereka?





Paris Hilton masuk islam ?


paris hilton masuk islam? 




"JEDDAH - Saudi Arabia - Former American socialite, Paris Hilton has converted to Islam, her spokesman, Ian Brinkham, has revealed to CBS news." 

sory genk aku tak percaya la.  ni mesti rumors macam kisah facebook ditutup ni,
tengok gambar pun macam photoshop je




p/s kalau berita ni betul pun ok gak  , ini tandanya islam itu indah dan suci, =p

inikah goggle bug?


1st time jumpa camni


apa pendapat korang, komen je

assalamualaikum

Satu lagi produk dr rozmey


memang mencetuskan fenomena la dr rozmey ni..
nak tau kena tengok entri ni dulu
xkisah, apa-apa hal aku akan tunggu lama sosial ini..




nak memberi pendapat mengenai drbook? usha sini



p/s tapi kenapa pakai brand "book" xde nama lain ke?
 adakah... drbook2u= facebook +myfriend2u  



Mindset a.k.a pandangan yang susah nak diubah

Jawab dengan jujur, apa ni??



dan jawab dah?



JOM BACA DIALOG NI

"Ei, ko ada meggi tak? aku lapo la ni, aku bayo la kekgi"

"Abang.. ni  ha baby punya pampers ni dah nak habis..bile nak beli yang baru??"

"ishh geram tol la aku ngan nyamuk ni, mana ridsect ni , mampos ko nanti"

"adik nak cekedis tak abang belanja??"

"ko nak pergi kedai ke?  tempah beli colgate "

"baju ni kotor la plak, xpe klorok kan ada"

"masukkan bekal nasik tu dalam tupperware yek"


itu brand @ jenama dia lah 


Meggi =mee segera
pampers=lampin pakai buang
ridsect= penyembur racun serangga
cekedis=makanan ringan
colgate=ubat gigi
klorok=peluntur
tupperware=bekas isi @container





nak buat cammana kan, dah mindset dari dulu lagi kita pggil camni




tapi kalau cakap nak dengan omputih  "boleh pinjam pemadam tak"jangan cakap

 "can i borrow your rubber"



sebab rubber tu kondom



assalamualaikum

Padan muka aku, hai cik panda , hi puffy muffy


Hai cik panda. inilah yang terjadi semasa final exam week setiap sem. tak cukup tidur . dah settle exam baru tidur.. hah gile tapi itulah kenyataan

apa itu cik panda??
taip kat google:
dark under eye circle
under eye bags
puffy eyes 

ha sama je tu..cik panda, lebam



tapi xpe aku ada backup plan..hahaha pergi je kat garnier ataupon watson dan beli benda ni

ini bukan iklan promote barang just sekadar nak share



hahaha xdala mahal sangat pon.

dah la cik panda..kau tak setia ngan aku huh! assalamualaikum



Tidur lewat :gejala popular dikalangan remaja kini

assalamualaikum semua
sebelum itu anda perlu tahu insomnea
apakah itu insomnea. selalunya apabila kita mendengar perkataan ____ea  mestilah ia sinonim dengan penyakit.
jadi remaja sekarang ini ramai la yang berpenyakit? hahaha oh mak kau!
tak perlu risau sebab penyakit insomnea ni bukanlah penyakit kronik  seperti anemia dan dementia

Insomnia is most often defined by an individual's report of sleeping difficulties."http://en.wikipedia.org/wiki/Insomnia"  (macam buat tesis la plak)


insomnea adalah  merupakan penyakit dimana seseorang individu itu mengalami kesukaran untuk tidur
dalam ayat yang simple (simple not pimple) anemia ni bermaksud susah nak tidur. ok

susah nak tidur
payah nak lelap
nape x ngantuk lagi nie



mungkin ada segelintir remaja yang mengalami masalah ini.
dan kesannya mestilah anda kurang mempunyai kualiti tidur yang cukup dan menyebabkan badan anda lemah
okay ini masalah anemia tapi dalam entri ini aku taknak jelaskan secara terperinci mengenai kes anemia ni
sebab aku lebih tertarik dengan masalah

lewat tidur

okay lewat tidur? betul. remaja sekarang memang  sinonim dengan masalah lewat tidur terutamanya remaja yang masih belajar di sekolah mahupun di ipta

kenapakah ia berlaku? adakah kerana:

"rilek la, malam masih muda ni" jom lepak snuker
"alamak banyak betul la assingment kena buat ni, dah la esok ada test"
"tak tenang tol la kalau siang, pagi-pagi bute ni rilekje wat kerja, xde org kacau"
"aduii..exam kejap lagi, tak yakin lagi boleh jawab ni tak tido la aku malam ni nampaknya'
"layan call awek pagi2 baru syok..feeling lebih"
"uik, ramainya online fb malam ni.."
"sikit lagi nak menang game ni (dota)"






apa yang pasti gejala kurang tidur ni memang merunsingkan pelbagai pihak (termasuk aku sendiri)

so lupikir la sendiri yek bakpe jadi gini..





k-pop kegilaan remaja tempatan :aku tak faham


aku yakin remaja perempuan   kenal dengan:

super junior
wonder girl
shinee
4minutes







dan macam-macam lagi nama band
apa yang pasti mereka adalah band yg berasal daripada korea dengan membawakan gendre k-pop
yang pasti buat masa ini kegilaan k-pop semakin menjadi-jadi 
(perlu je aku letak link ini?)


mengapa ia berlaku?

mungkinkah disebabkan :

 pakej yang menarik dan yang pasti tampan2 belaka

muzik yang harmoni dan yang pastinya "fresh" didengar sekarang

fesyen mereka yang nampak bergaya dan mengikut peredaran zaman



tepuk dada tanya hati



assalamualaikum

Lambang/bendera zionis Israel ada pada microsoft office


Mungkin tajuk ini agak ketinggalan zaman
tapi pada yang tidak mengetahuinya lagi harap diambil perhatian
pada sesiapa yang menggunakan microsoft office secara x langsung terdapat gambar bendera israel lengkap dengan lilin 

padam aje gambar ni..x susah kan??

so apekejadah kita nak simpan gambar ini?? padam ajelah
just pergi ke direktori

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10

dan search file J0285926
dan delete

senang saja kan?? 

sila sebarkan semampu yang boleh jika anda rasa ia perlu
sekian 
assalamualaikum

media prima..apa kesan anda sepanjang masa ini


mesti anda tak paham apa entri aku kali ini..
kesan??
kesan aper?
apa yang aq nak ceritakan adalah kesan siaran yang dihidangkan oleh media prima sepanjang masa ini

ingat lagi tak??

dulu masa zaman 1990 kita hanya kenal salman khan, shah ruk khan, kareena kapoor dan macam-macam lagi
nama bintang hindustan yang mewarnai slot hari sabtu 2 petang tu