ShoutMix chat widget
Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Review filem :Hikayat merong mahawangsa

Hari ini merupakan hari pertama filem ke-8 terbitan kru studio iaitu Hikayat Merong Mahawangsa ditayangkan di pawagam..sapa nak tengok? ok sila hentak mouse anda!. aku nak review dalam bentuk poin je ni..korang kalau baca ayat panjang-panjang pun bosan gak kan? baik tengok terus kat panggung...tak gitu?


  • diadaptasi daripada sejarah kedah iaitu hikayat merong mahawangsa
  • diarah oleh yusri halim kru
  • penggambaran dibuat 90% di terengganu, kuala lumpur dan kuantan
  • filem epic yang sarat penggunaan khas visual cgi dan props kurun ke-2
  • cerita di sekitar tahun 120, dimana merong mahawangsa perlu menyelamatkan puteri cina yang mahu berkahwin dengan putera rom dimana puteri tersebut diculik oleh puak lanun geruda..dapatkah misi ini tercapai?...korang tengok je la..
  • sarat dengan aksi berlawan dalam filem ini.
  • diterajui oleh pelakon tempatan dan luar negara seperti Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera. 
  • filem ini menelan belanja sebanyak 8 juta dan bakal ditayangkan di 25 luar negara dengan nama the malay chronicle : bloodlines
  • bakal ditonton oleh aku nanti :d

Jika aku ini perempuan

Macam lain macam je entri ini. okay ! aku nak jelaskan yek yang penulis blog ini seorang lelaki, ye l e l a k i . aku bukan maknyah ataupun jenis lem lem lemah gemalai. kalau tak caya sila pergi ke pfo5 facebook aku.
entri ini cerita pasal apa? sememangnya aku memang takda mood langsung nak menaip blog pada waktu sekarang . cuma aku tertarik dengan lagu cover davedays ini "if i were a girl" korang baca je lah kat bawah.

If I were a girl, 
even just for a day
I'd roll out of bed in the morning
and wonder what just happened to me
Oh no don't tell me they're real
Yeah I think they're real
Something else is missing
Where the hecks my PEN15!
If I were a girl,
would I still look like a guy?
No I wont put on make up,
but I might just want to give that bra a try.
If I were a girl 
I could mess with the guys
No, no not like that I mean
When we get a nice dinner I'll make sure they buy
I could seduce them
Show them my nice behind
Yo Zach check out that a... oh my god
I got you, You totally like guys
If I were a girl,
I'd have the nicest legs
I refuse to cook in the kitchen but 
I'm pretty dang good with the microwave
If I were a girl,
please don't get mad if I'm mean
I'm not used to my body 
this monthly thing is kinda new to me.
No I don't really know if I want to change back,
Because I like my new hair 
and the guys love my my my my my
FACE what?
Oh if I were a girl (oh if i were a girl)
I don't think I'd ever understand (i don't think i could understand)
How it feels to be a girl,
God please change me back to a man
If I were a girl





p/s: kalau ada masa aku akan ulas post ini

Dream High korean drama review and free download


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni aku baru tengok cerita drama korea iaitu dream high. peh, poyo tak aku?...lelaki tengok citer korea. ok anda boleh muntah sekarang, haha. Dengan berbekalkanstreamyx berkelajuan aku pun tak tahu berapa laju dia *kalau download paling tinggi 300kbps, aku boleh mendownload drama ini. Damn, tak lengkap lagi episode ni,apsal ada 15 je link yang wujud, sepatutnya 16.. memang lah, cerita baru ni ..tu pun mujur ada orang nak upload. takpe tunggu.. nanti lengkap la link tu.



Antara muka-muka yang mungkin menjadi kegilaan awek-awek malaysia menghiasi drama ini


Kim soo hyun


Taecyeon(2pm)

Suzy (miss a)

han ji hoo


Drama ini kalau korang tengok episod pertama kan, first impression korang akan lihat drama ini macam program realiti akademi fantasia ataupun mentor ataupun yang sewaktu dengannya,dimana mereka memasang impian  untuk menjadi penyanyi aka superstar. cuma yang lainnya ia bukan program realiti,  tetapi merupakan sekolah fantasi yang direka-reka dalam cerita ini seperti filem highschool musical. maknanya diorang pergi audition kat sekolah tu untuk menjadi pelajar supaya nanti boleh menjadi artis. err..korang paham tak apa aku nak terangkan ni? minta maaf la aku baru tengok episod pertama.. kalau blur lagi baca je la article aku copy paste kat bawah ni,*malas nak translate

Synopsis (taken from KBS):
Kirin arts High School is a prestigious school which trains students how to dance and sing. The director and 4 fellow teachers operate the school and they are strict teachers who never overlook students being neglecting and not practicing. These talented, strict teachers have produced majority of stars and now they are waiting for new students to cultivate. This year, a group of special kids enter into the school. Song Sam-Dong lives in the country side and dreams of becoming an owner of a stock farm. However, after he falls in love with Ko Hye-Mi at first sight, he follows her to Kirin Arts High School. There, he discovers his musical talent and strives to become a world-class singer. Jin-Kuk is a gifted dancer, but a troublesome kid. He has grown up rebelling against authority but the director sees the potential in him and encourages Jin-Kuk to enroll in the school. There, Jin-Kuk’s talent blossoms and he’s now eager to become a global star. Ko Hye-mi looks like a confident girl but she is hiding pain and sadness behind her proud smile as her family falls into debt. She is loved by both Jin-Kuk and Sam-dong. Students, with all different charms and personalities, meet at Kirin Arts High School, where they slowly pour their hearts out to each other, and become friends…or for some of them, lovers.. Follow the lives of these students who struggle to become a world star at “Dream High”.

sapa-sapa yang nak download cerita ni boleh la singgah kat blog ni, aku pun tengah download kat sini

free download mediafire

free download megaupload



p/s: still downloading...zzz


Xfresh fm pun nak typo gak yek?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sokonglah musik tanah air, memang betul, sebab tu la aku memang suka dengar radio xfresh fm, "Kami tak hot tapi kami cool" ha3. Oleh sebab kat rumah sewa aku ni line radio agak kedekut oleh itu terpaksa la aku dengar online je. Sapa nak dengar online xfresh fm online boleh je klik kat sini.

tapi  ada satu masalah yang aku jumpa kat web ni, bukan masalah serve slow asyik-asyik lagging je, tak , sumpah dalam banyak-banyak radio online xfresh fm la paling laju serve dia. nak tau? tengok je la pic kat bawah ni

*sila klik untuk lebih jelas

harap pihak yang berkenaan tolong betulkan perkataan tu ya. tak cool la gitu


p/s: tulisan kat blog ni pun typo ada hati nak tegur :d

Review Movie dan download free Dance flick


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni aku nak review satu movie walaupun dah agak lama dah keluar kat dunia ni.aku mengaku aku baru tengok semalam movie  ni, itupun selepas menggeledah harta khazanah yang dah lama terperam dalam external harddisc ni. eh? macam best pula movie ni . dengan menggunakan rmvb player aku pun tengok movie ni, sebab kalau tengok guna rmvb player ni lagi feel dan best tau. ok korang kalau tengok tajuk entri pon dah tau kan citer aper aku nak review ni, Dance flick, omputih punyer movie tahun 2009 punyer. dah lama kan citer ni, memang ketinggalan zaman betul la aku ni.


apa yang menarik mengenai movie ni?. mesti korang pernah tengok cerita scary movie kan?.yang buat parody pasal movie lain tu.. dance flick ni sama gak, kalau korang tengok memang kelakar gila la..hahaha dalam dance flick ni korang mesti perasan dia ada tiru scene final destination, step up, enchanted, high school musical,alice in the wonderland, cat women dan macam-macam lagi lah. untuk keterangan yang lebih teliti korang boleh tengok kat link di bawah



dan kalau korang nak download movie search je kat sini 
susah sangat? klik je la kat link satu lagi ni 

Tutorial nak dengar lagu versi chipmunk dengan AIMP


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni tak tau la kenapa, aku takde idea langsung nak buat entri menarik. nak online lepak dengan member kat skype dan lepak ngan geng kat sb pon malas, takde mood langsung. Mungkin kesan daripada berita mengenai kakak aku yang baru keluar icu akibat pendarahan, alhamdulillah , dah beransur pulih, tak lupa juga dengan seorang ahli sb, sapa tak kenal dengan kyerull L fresco , dengar cerita lapik besi kat tulang  kaki bekas kemalangan haritu ada masalah, kena bedah balik,  mintak-mintak kedua-duanya selamat pulih.

oleh itu hari ini aku nak cerita  tutorial yang sangat mudah, iaitu bagaimana nak dengar lagu versi chipmunk dengan software aimp. sapa yang tak familiar dengan software ini boleh baca melalui entri sebelum ini mari karaoke laptop dengan player AIMP dan minilyric  

caranya amatlah mudah , pergi kat equalizer, klik kat DSP dan korang adjust kat bahagian speed


kat bahagian ikut korang la nak  edit , nak mudah pitch tu bagi naik atas terus,nak bagi laju sikit adjust la rate ngan tempo. kalau dah taknak dengar versi camtu, senang je, klik je butang default.

sekian, entri singkat saya, bye!




Macam mana nak nampak comel


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni hari isnin, so cik saodah tak boleh nak post entri baru sebab dia kena pergi kerja. kerja kat mana? aku pun tak tahu. dah tak larat dah aku nak tanya kat dia.. haduii. 

How to look uulzzang

ok sila abaikan pasal cik saodah ni, hari ni aku nak cerita pasal macam mana nak menunjukkan gaya yang comel. kalau korang tak tau apa tu muka comel sila tengok gambar kat bawah ni




perwatakan:
  • Cuba korang  gila "giggle"dengan perkara  yang korang rasa  lucu dan kelakar.
  • mestilah sentiasa ceria dan aktif, kalau sedih nangis je puas-puas
  • pakaila apa jenis baju yang korang rasa berkenan
  • pastikan anda ini peramah tapi jangan melebih-lebih pulak
  • jangan hikpokrit dan jangan sombong, be yourself 
  • tingkatkan keyakinan diri
muka :
  • bulatkan mata, macam kat gambar heliza helmi tu
  • kalau tak boleh dapatkan mata yang bulat pergi beli contact circle lenses kat kedai dan ikut tutorial ni
  • pakai eyelasher, orang melayu cakap apa yek? hurm.
  • senyum, sengih tak kisah la korang nak wat cammana

nie contoh terdekat contact lense,  cik blogger kupukupukecik yuyu zulaikha . kalau nak gi blog dia klik je kat  



tangkap gambar:
  • macam biasa , bulatkan mata sebesar-besar yang mungkin
  • ambik gambar dari sudut-sudut yang agak mustahil, pastikan fokus kat mata tu
  • kecikkan lips korang , kalau pipi korang kecik kembungkan sikit
  • nak ngada-ngada lagi? jelirkan lidah.. erk?
*extra
wat muka cool  @ poyo seposen
  •  kena relaxs, tenang je
  • mata kena kuyu, redup 
  • wat muncung sikit, sikit je tau lebih-lebih tak jadi

p/s: penulis tak tahan nak tergelak masa menaip entri ini, hahahah  bye!




Faceblog




Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ni aku sibuk sikit, maklumlah student, ada encik saimon aka assigment  kena buat so ada masa terluang ni nak gak release tesion online sekejap, dah lama tak blogwalking, dan aku jumpa komuniti ini, so aku join je la, tak rugi ape pun kan?. oleh sebab hari ni rasa malas nak taip panjang-panjang jadi aku copy paste je la ayat kat faceblog ni


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

TERIMA KASIH




Edit


kalau korang nak join senang saja, klik  je kat sini






Cik adik ni artis korea ke?

Hai shume .. memandangkan En Az dah tidur ni maka dengan ini cik saodah nak take over kejap blog ini, he3 jahat tak cik saodah? hihihi.. Hari nie cik saodah nak cerita sikit tau. tadi cik saodah tengok drama korea.. best tol la citerr tu.. shukeewww je tengok laki-laki dan awek-awek yang comeel gitu. masa cik saodah tengok tadi,  cik saodah ada terperasan yang ada dua orang artis korea ni yang comelll sangat tu kan, sejibik macam artis kat malaysia. eii shukeww la tengok macam tu. adik-adik sume nak tau tak? alaaaa..  cakap lah macam ni, nak tengok.. cer citer cer citer..

okay lah cik saodah bagi tau, macam desperate je adik-adik sume ni nak tau... huhuhuu

jung so min

liyana jasmay

betulkan, ada 60% same.. taoi ada satu lagi yang cik saodah jumpa..jom tengok ye

lee si yong

almy nadia

eii yang ni sumpah 90% sama, tak caye gi search gambar die lagi



p/s: kalau adik-adik nak tau kan, ada orang kate muka cik saodah macam jung hye young...hihihi



Review Blog : Saya tinggi kan?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Entri kali ini aku nak review blog someone daripada sahabat blogger setelah dipaksa berkali-laki   walaupun blog azazilkechiwa ni takdelah famous amost pun T_T. ok  kenapa aku bagi tajuk entri ini "saya tinggi kan?" mesti korang tertanya-tanya why?

ini bukanlah hendak mengatakan  yang pemilik blog itu seorang yang kenit tinggi tetapi berdasarkan nama blog tersebut iaitu 



header yang simple macam pimple je  erk?


nama tuan blog ni setakat yang aku tahu Amira Anorah. kanak-kanak gadis berusia 15 18 tahun yang sedang menunggu keputusan spm dan menetap di kuantan. suka online fb, skype, ym dan macam-macam lagi yg di luar pengetahuan aku (nape aku kena tahu?)

saya pengemar kucing, meowww tapi kucing ni takde gigi :)


so rajin-rajin la lawat blog dia ni yek dan wish gud luck for her spm result ok.

bye!


mari karaoke laptop dengan player AIMP dan minilyric


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


buat pembaca blog ini , aku nak bagitahu kat korang , aku ni ada masalah sikit iaitu suka menyanyi depan laptop..haishh. walaupun suara macam katak pisang tapi hobi buruk ni tak dapat diubah. cane ek?

kalau macam lagu yang lama dikeluarkan di radio ataupun di persada muzik memang lah senang cari, search je kat youtube. mestilah jumpa punyer. 

tapi macam mana dengan lagu-lagu yang baru keluar, apatah lagi lagu indie, peh mau berjanggut nak tunggu keluar album instrumental aka karaoke.

oleh itu aku aku nak kongsi la sikit cara paling mudah nak karaoke laptop ni, tak payah pakai software yang susah2 macam sony vegas ataupun audicity. apa yang perlu korang ada cuma software player mp3 ni iaitu AIMP


Dah siap download gi je lah install. senang aje kan?. aku pakai AIMP ni sebab senang guna. dulu aku pakai jet audio sebab playlist dia boleh sorok kat tepi tapi menyusahkan.  tapi aimp ni lagi function sebab kalau cursor kita di tepi dia akan keluar anak panah dulu. so tak menyusahkan sangat

lepas tu ikut korang la nak hias macammana, aku punya macam ni je

*klik untuk membesarkan ia

kalau nak bagi playlist duduk di sebelah tepi korang cuma perlu klik kat playlist tu dan drag ke sebelah tepi. lepas tu dia akan hilang tapi jangan risau sebab bila cursor kita pergi ke situ ia playlist itu akan keluar

untuk menghilang kan suara penyanyi , korang cuma perlu klik kat bahagian no 1 tu (tengok gambar kat atas) diikuti dengan no 2. senang je kan?

kalau nak ada keluar  lirik korang cuma perlu download software minilyric je. lirik akan automatik keluar bila diputarkan lagu dengan syarat ada connection internet


senang aje kan? selamat mencuba

si gadis semasa melda ahmad



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kali ini aku nak cerita serba sedikit review drama gadis semasa sunsilk


*sumber google

"Gadis Semasa Sunsilk merupakan sebuah drama realiti yang mengisahkan tentang pencarian seorang insan yang mampu memenuhi kriteria dan kualiti untuk digelar gadis masa kini. Seseorang itu haruslah mempunyai bakat asli yang cukup menyerlah, mempunyai gayanya yang tersendiri dan yang penting, dialah yang sering disebut-sebut dari bibir ke bibir."... nak baca lagi [klik kat sini ]


jadi apa kena mengena dengan Melda Ahmad?

*sumber spt di gambar

Melda ahmad merupakan seorang anak gadis melayu yang pertama kali aku dengar lagu dia iaitu putus  dan kimia di  youtube . dia juga ada berduet dengan band indie sugar love cookies dengan lagu kau dan aku dalam sekitar awal tahun 2010. Melda ahmad juga ada cover lagu beyond   iaitu halo


Bermula 16 januari 2011 melda ahmad membintangi drama realiti  iaitu gadis semasa sunsilk yang ditayangkan setiap hari selasa jam 6 petang di tv3. walaupun lakonan melda ahmad bagi aku agak kaku tetapi bagi aku ini merupakan peluang terbaik dia untuk menyinar dalam industri tanah air.

Lagu sountrack gadis semasa oleh yuna tu sedap juga kan.satu lagi rakan aku ada berlakon dalam drama gadis semasa episod 6 tapi aku termiss plak, nak tau sapa dia? klik je kat sini


p/s : jarang tengok television..tengok online boleh kan?




Facebook melakukan perubahan lagi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


pagi tadi aku bukak la facebook, tengok ada friend request

aku macam biasa la kan, approve  dulu, pastu tengok kat profil info dan gambar.

erk, bukan stalker wei, just nak tau je sape tuan punyer profil. 

tak ke kejam dan zalim kalau berkenalan tanpa mengetahui sedikit sebanyak mengenai diri mereka.

tup-tup bukak kat photo album, aku tengok ada perbezaan berlaku..

apsal macam picasa ni? 

#pedulikan gambar mat rempit ini



macam picasa kan? 

ini penambahbaikan  terbaru facebook yang menarik!

fungsi pop-out  ni bukan sahaja cantik tetapi dapat menjimat kan masa sebab x payah loding banyak kali

cuma masa nak tutup ia macam agak leceh ...xtau la nape..ha3

dan tak boleh save as gambar tapi boleh download.. so what the different?



p/s : pasni kat photo album facebook boleh terus edit gambar..ha3

Jejaka terhangat malaysia mac 2011 A z!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


taknak cerita panjang ..jom tengok

jejaka terhangat mac 2011  Az!




*sila jangan save gambar ni

untuk like klik kat


p/s : saya tak hot tapi cool



Ada apa dengan 14 februari


Assalamualaikum dan salam sejahtera

14 februari., hari apa tu?

14 februari bagi aku bukanlah hari bagi pasangan mee segera berjenama cintan meraikannya dan semestinya aku memang tak akan sambut hari valentine tu 

*sumber facebook

kalau nak tau sebab apa? klik je kat sini  , ramai da blogger buat entri pasal ni.


ok stop!!  aku bukan nak cerita pasal hari kekasih masih ni sebenarnya.. lari tajuk dah ni


bagi aku tarikh 14 februari 2005 adalah merupakan tarikh penting dimana pada hari itulah aku telah mendaftar di sekolah baru dan secara tidak langsung mengubah gaya hidup aku.



kenal tak sekolah ini? sapa kenal angkat tangan!


selepas masuk ke sekolah ini baru aku:

tahu erti berjauhan dengan ibu- bapa (duduk asrama)

berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan (seluruh kws pahang)

melupakan gelaran "hantu tv"  dan sampai sekarang aku tak suka tengok tv

reti basuh baju pakai berus dan sabun buku. erk?

suka baca surat khabar

baca komik naruto, budak getah ....

tidur lewat.. (oh tidak!)


tapi sayang... sekarang sekolah ni dah takda, bukan ditutup tau! cuma dinaiktaraf menjadi kolej matrikulasi 

smtj 2004-2009 dalam sejarah   

maknanya siapa yang masuk kat smtj ni sijil spm dia memang limited edition la (bangga sekejap)

nak tau lebih dekat pasal sekolah ni? 




*abaikan gambar ini..sume muka kanak-kanak lagi 



p/s : sapa yang belajar kat sekolah ni mesti tau apa itu "kancas" "caon" ..erk