ShoutMix chat widget

Hidup Membujang..dan makan minum

Assalamualaikum...

hidup membujang semestinya mempunyai dugaannya..kalau bujang mestilah duduk dirumah sewa kan? lepas itu duduk dekat 10 orang? okay kita lupakan yang itu dahulu..topik yang ingin aku ketengahkan ini ialah apakah makanan yang sibujang macam aku ni makan??? biasanya jikalau dia ni adalah seorang yang berduit, kaya dan bergaya maka ia tidak akan ada masalah dalam topik ini , kenapa? sebab kalau nak makan mudah aje, duit ada sume bereh kan? kedai mamak penyelesaiannya..tapi kalau jenis yang kurang berduit macam (ehem2) ni..korang fikirkan lah yek....kalau pandai masak takpe jugak..haha setiap menu adalah berdasarkan wang serta tahap kerajinan dia..haha


1. Nasi kosong+telur+kicap dan air masak
ini merupakan menu yang lazim kerana ia mudah, dan menjimatkan

2.Nasi goreng perencah adabi +ikan bilis +telur
ini kalau dah muak makan nasi kosong + rajin sikit masa tu

3.Nasi kosong +ayam goreng +cicah sambal kicap
sangat simple dan mudah cuma ia memerlukan duit sikit, haha

4.Nasi kosong +sardin +timun+sosej
mudah dan ringkas kena gaya malas nak g kedai runcit , stok sardin ada dah kat rumah

5.nasi kosong +sup sayur telur @ayam
ada duit lebih la tu dan rajin

6.mee, kuey tiaw, meehun goreng,
dia rajin dan ada banyak masa lapang untuk memasak

8.apa-apa jenis mee segera
tahap kemalasan atau kekurangan duit yang tinggi...T__T

tada!!
amacam? menu aku hari ni?

lauk-lauk jenis bersantan berkemungkinan tidak mungkin akan dimasak kerana ia memerlukan kepandaian, (haha) kesimpulannya masakan adalah jenis makanan bergoreng dan sup sahaja

erm, jadi mereka-mereka disana? korang pernah rasa ke ni?? tepuk dada tanya hati,,
assalamualaikum...

2 komen pengulas setia:

touya said...[Reply to comment]

Hahaha inilah makanan utama orang bujang

A z ! said...[Reply to comment]

haha...nasib nasib...,

Post a Comment

komen aje la dan sila tinggalkan jejak link anda kat sini