Mukadimah, terlebih dahulu...korang baca cerita ini:
Encik kacang merupakan seorang pekerja yang baru diambil bekerja di sebuah syarikat pembersihan. Hari ini merupakan hari pertamanya memulakan kerja sebagai tukang sapu aka cleaner. oleh itu encik kacang berjanji akan melaksanakan kerja tersebut dengan bersungguh-sungguh dan saksama. "tiada sampah hari ini!" kata encik kacang.
Pada bulan ini encik kacang dan rakan sekerjanya yang lain ditugaskan untuk membersihkan kawasan disekitar stadium emirates, london..(maafkan aku..encik kacang ini sebenarnya tinggal di london). Maklumlah setiap kali perlawanan besar berlangsung, banyak sampah seperti..tickets perlawanan la..botol air la..tisu muka la..macam-macam jenis sampah ada. encik kacang pun memulakan tugas membersihkan sampah ia....
Sedang encik kacang dan rakan setugas lain memulakan kerja mereka, kebetulan pada masa itu jurulatih-jurulatih arsenal fc melakukan lawatan di stadium itu..nak mengular rasanya mereka ni..Tiba-tiba encik kacang ditegur oleh seorang daripada jurulatih kelab bolasepak tersebut iaitu encik nasi..ikuti perbualan mereka..
Encik nasi : alow genk. apasal rajin sangat kutip sampah ni? wat tebiat ke..tau la arsenal kalah semalam ngan barcelona..sabar yek.
Encik kacang : er..no no...i'm bean..
Encik nasi : bean mana plak ni...hadui berat dah ko ni...tengok tu...siap warnakan rambut skali..dulu elok-elok warna putih..ngada-ngada nak kaler hitam...pasan muda lettew..
Encik kacang : no no....i am bean.... bean !
Encik nasi : ahh...ngada-ngada la ko ni wenger...dah la..aku nak jumpa bendtner ni..nak lempang cukup-cukup..apa ke bodoh boleh terlepas peluang gol.. bola senang cam tu pun tak gol..cis!!
Encik kacang : errr... ac..tuall..ly.. i'm bean! not wenger
*selepas itu pengurus kelab arsenal..arsene wenger tiba-tiba muncul dari belakang dan menepuk bahu encik nasi.
Wenger: wei nasik, ko ada nampak bendtner tak? men nyorok-nyorok ngan aku plak dia ni...ingat kawen ngan kerabat diraja denmark hebat sangat...cett!!
Encik nasi : eh? la ko wenger..aku pun tngah cari si bendtner ni....dah ko ni saper ha? (sambil berpaling dan memandang muka encik kacang)
Encik kacang : i'm bean...mr bean....(dengan muka tak bersalah)
Wenger : dah la nasi..abaikan je budak cleaner ni..jom kita cari si bendtner ni....jom..(sambil memandang encik kacang dengan penuh curiga)
Encik nasik : ok jom wenger
Wenger dan encik nasi pun beredar daripada stadium tersebut...encik kacang dengan muka innocentnya tetap meneruskan kerja dia hingga selesai..
Tamat cerita ini.. persoalannya...kenapa encik nasi memanggil encik kacang wenger.. kenapa- kenapa?? tengok gambar kat bawah ni...
#eh..sama la..haha patut la....ahaahaahahah
P/S cerita ini hanya rekaan semata-mata..harap maklum